Cara Tanam Bunga Ros Jepun

Cara Tanam Bunga Ros Jepun tidaklah sukar menanam bunga-bunga yang lain. Ros Jepun sangat mudah dibiakkan menggunakan keratan batang. Bunga Ros Jepun sangat mudah dibuat kerana tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi. Kanak-kanak pun boleh membuatnya.

Di mana nak dapat keratan ros jepun? Anda membeli keratan ros jepun secara online di FB atau boleh beli pokok ros jepun yang sudah berbunga di nursery. Kemudia boleh potong batangnya. Pastikan segala keperluan seperti pasu dan tanah disediakan terlebih awal. Jika mahukan keratan anda segar dan tahan lama, pastikan anda rendam dalam air terlebih dahulu, ini adalah untuk bagi memastikan keratan segar dan jangka hayatnya  lama. (Gambar di bawah ini merupakan batang pokok ros jepun yang sudah berakar selepas direndam selama 24-48jam).

Cara tanam ros jepun dengan mudah adalah seperti berikut;

1. Terlebih dahulu sediakan tanah campuran dan pasu bunga. Kemudian masukkan ke dalam pasu bunga atau polibag atau bekas plastik terpakai. Anda boleh guna tanah campuran yang mempunyai kandungan bahan organik, kompos dan pasir. Anda juga boleh dapatkan tanah campuran 6 in 1 yang terdapat dijual di pasaraya atau nursery bunga. Anda boleh terus guna dan masukkan dalam bekas tanaman. Jika anda menggunakan tanah hitam anda perlu campurkan sedikit tanah merah (top soil)  atau pasir. Baja organik juga boleh digunakan seperti baja cacing atau baja tahu kambing untuk menjadikan tanah lebih subur.


2. Tanah yang siap perlu disiram dengan air sehingga basah untuk melihatkan kadar salirannya. Pastikan media campuran tanah tersebut tidak menakung air. Pokok Ros jepun memerlukan tanah poroi atau yang bersaliran baik. Batang ros jepun mudah lembik jika terlebih kandungan air.
3. Seterusnya, keratan batang ros jepun tersebut perlu dicucuk terus ke tanah. Sekiranya batang tersebut panjang boleh dipotong 2 dengan ukuran panjang kira-kira 5cm.


4. Setelah selesai menanam kesemua keratan ros jepun tersebut, letakkan semaian di tempat teduh yang mempunyai sedikit sinaran matahari.
5. Siram bila perlu atau apabila tanah sudah kelihatan kering. Pastikan tanah sentiasa lembap.


6. Setelah lebih kurang 1-2minggu, pokok ros jepun sudah kelihatan subur dan mengeluarkan pucuk baru. Anda boleh pindahkan pasu tersebut ke tempat yang mempunyai sinaran terus matahari.


7. Lebih kurang 2 minggu pokok ros jepun bolehlah dibaja dengan baja pertumbuhan atau baja daun yang warna hijau atau baja kopi 8:8:8 (organik). Ros Jepun sangat memerlukan cahaya matahari, air dan baja yang mencukupi untuknya terus hidup dan tumbuh lebih subur.